Friday, 10 June 2011

sungai air mata


assalamualaikum insan yg masih diberi ksempatan oleh ALLAH untuk bernafas,tersenyum n juga menangis..tiba2 laju je jari2 ni menaip untuk meluahkan rasa di hati..detik2 yg kita lalui pasti kita rsakan banyak perkara yg ingin kita lakukan tapi kita masih gagal melakukannya...seperti sebuah kisah..shabat sy yang dahulu diuji dengan masalah keluarga kemudian dia bertemu dgn seorang lelaki yg baginya boleh membahagiakannya..di usia yg masih mentah dia tuturi semua kehendak hati..sehinggalah dia ketahui lelaki tersut mencintai kakaknya sendiri..pedih bukan tapi bginya dia juga salah menuruti kata hati..namun sudah banyak perkara slh yg dilakukan kerna termakan rsa kasih dan cinta si lelaki..hari berganti hari..minggu berganti minngu..diuji dgn hubungan adik bradik..perpisahan yg berllaku..hidup direuskan..dlm keadaan keluarga yg banyak menyalahkan shbt sy ni..menitis air mata ini mendengarkannya...dia berjaya di sekolah..dpt menyambung pgajian keringkat lbih tinngi..namun keluarga msih tidak dpt mnenerima perubahan dirinya yg cuba menjdi lebih baik..sungguh menyedihkan...bukan dia tidak menyedari lebih dari tu..masakan musim salji boleh berubah ke musim luruh ,inikan manusia ..masa,keadaan n kematangan makin membentuk dirinya menjadi wanita solehah namun masih terlalu banyak kekurangan yg dirsai..ibarat melukut di tepi gantang..tiada siapa dlm kuarga menyayanginya..tetapi bila bersama keluarga dia menunjukkan wajah ceria seolah tiada apa yg dirasakan..manakan tidak terasa apabila ibu sendiri melayan tidak sama rata...adik beradik ibarat tidak menerimanya..saya katakan padanya mungkin itu andaian dirinya shaja..dia hanya terus menangis..kata terakhirnya..biar sy undur diri..saya tahu jika sy ditempatnya psti sy juga begitu...tapi dia redhan akn cuba berubah.UNDUR DIRI?undur dri keluarga atau myendiri seketika..biarlah dia membuat keputusan dgn keredhaan ALLAH kerna sy tahu dia kuat.inilah yg sy katakan tadi makin kita melangkau usia byak perubahan yg ingin lakuakn tapi pasti ada rintangan untuk ALLAH menilai hati kita ikhlas atau tidak..xsentiasa kita bahagia..setiap dri kita pasti diuji n diuji lagi dengan bentuk yg berbeda-beda..yakinlah setiap perubahan yg kita ingin lakukan adaa nilaiannya di sisi ALLAH..mereka yg bernama manusia akn membuat teori dan pemikiran tersendiri..hati sy juga kadang22 sedih memikirkan kekurangan pada diri tapi berubah itulah penyelesaiannya..nasihat sy padashbt sy tdi n juga rakan2 seperjuangan..kadg2 ALLAH turunkan hujan yg lebat,,penuh dgn ribut n debu hitam yg menyakitkan..tapi ALLAH akn beri chya mentari dan pelangi semula untuk kita sentiasa dekat dgnnya..hati kena kuat..banyakkan zikir,selawat n istighfar moga hari2 yg mendatnagkan keinsafan kepada kita..nabi itu org yg pling byk tersenyum dan menangis...hidup ni sementara..biarkan sungai air mata terus mengalir untuk menginsafkan diri faqirah yg hina....jom islah..




.

Tuesday, 7 June 2011

bertaubatlah hamba yg hina

Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?
Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.
Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, "ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus", seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?
Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan:
"Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmidzi)
Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.
Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati. Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, "Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali." Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali.
Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.
Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na'udzubillah!
"Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah."
(An-Nisaa': Ayat 27-28)

Monday, 6 June 2011

kerinduan padamu habib...cepatkanlah pertemuan

BIODATA HABIB ZEIN BIN IBRAHIM BIN SUMAITH


Habib Zain lahir di ibukota Jakarta pada 1357/1936. Ayahnya, Habib Ibrahim adalah ulama besar di bumi Betawi kala itu. Selain keluarga, lingkungan tempat di mana mereka tinggal pun boleh dikatakan sangat beragama.

Guru-gurunya ialah Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz, Habib Umar bin Alwi al-Kaf, al-Allamah al-Sheikh Mahfuz bin Salim, Sheikh Salim Said Bukayyir Bagistan, Habib Salim bin Alwi al-Khird, Habib Ja’far bin Ahmad al-Aydrus, Habib Muhammad al-Haddar (mertuanya) dan ramai lagi. Selanjutnya, pada usia empat belas tahun (1950), ayahnya memberangkatkan Zain ke Hadramaut, tepatnya kota Tarim. Di bumi awliya’ itu Zain tinggal di rumah ayahnya yang telah lama ditinggalkan.

Menyadari mahalnya waktu untuk disia-siakan, Zain berguru kepada sejumlah ulama setempat, berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya, hingga pada akhirnya mengkhususkan belajar di ribath Tarim. Di pesantren ini nampaknya Zain merasa cocok dengan keinginannya. Di sana ia memperdalam ilmu agama, antara lain mengaji kitab ringkasan (mukhtashar) dalam bidang fikih kepada Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz. Di bawah asuhan Habib Muhammad pula, Zain berhasil menghafalkan kitab fikih buah karya Imam Ibn Ruslan, “Zubad”, dan “Al-Irsyad” karya Asy-Syarraf Ibn al-Muqri. Tak cukup di situ, Zain belajar kitab “Al-Minhaj” yang disusun oleh Habib Muhammad sendiri, menghapal bait-bait (nazham) “Hadiyyahas-Shadiq” k arya Habib Abdullah bin Husain bin Thahir dan lainnya. Dalam penyampaiannya, di Tarim beliau sempat berguru kepada sejumlah ulama besar. Seperti Habib Umar bin Alwi al-Kaf, Syekh Salim Sa’id Bukhayyir Bagitsan, Habib Salim bin Alwi al-Khird, Syekh Fadhl bin Muhammad Bafadhl, Habib Abdurrahman bin Hamid as-Sirri, Habib Ja’far bin Ahmad al-Aydrus, Habib Ibrahim bin Umar bin Agil dan Habib Abubakar al-Atthas bin Abdullah al-Habsyi.

Selain menimba ilmu, di sana Habib Zain banyak mendatangi majlis para ulama demi mendapat ijazah, semisal Habib Muhammad bin Hadi as-Seggaf, Habib Ahmad bin Musa al-Habsyi, Habib Alwi bin Abbas al-Maliki al-Makki, Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith, Habib Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad, Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Seggaf dan Habib Muhammad bin Ahmad as-Syatiri. Melihat begitu banyaknya ulama yang didatangi, dapat disimpulkan, betapa besar semangat Zain dalam rangka merengkuh ilmu pengetahuan agama, apalagi melihat lama waktu beliau tinggal di sana, yaitu kurang lebih delapan tahun. Dirasa ilmu yang didapatkan cukup, salah seorang gurunya bernama Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz menyarankannya pindah ke kota Baidhah, salah satu wilayah pelosok bagian negeri Yaman, utuk mengajar di ribath di sana sekaligus berdakwah. Ini dilakukan menyusul permohonan mufti Baidhah, Habib Muhammad bin Abdullah al-Haddar.

Dalam perjalanan ke sana, Habib Zain singgah dulu di kediaman seorang teman dekatnya di wilayah Aden, Habib Salim bin Abdullah as-Syatiri, yang saat itu menjadi khatib dan imam di daerah Khaur Maksar. Di sana Zain tinggal beberapa saat. Selanjutnya, Habib Zain melanjutkan perjalanannya. Maka dapat ditebak, sesampai di Baidhah, Habib Zain pun mendapat sambutan hangat dari tuan rumah, Habib Muhammad al-Haddar. Di sanalah untuk pertama kali ia mengamalkan ilmunya lewat mengajar.

Habib Zain menetap lebih dari 20 tahun di Rubath Baidha’ menjadi khadam ilmu kepada para menuntutnya. Beliau juga menjadi mufti dalam Mazhab Syafi’e. Setelah itu beliau berpindah ke negeri Hijaz. Selama 12 tahun Habib Zain telah bersama-sama dengan Habib Salim al-Syatiri menguruskan Rubath di Madinah. Setelah itu Habib Salim telah berpindah ke Tarim, Hadhramaut untuk menguruskan Rubath Tarim. Habib Zain di Madinah diterima ramai. Keterampilan dan wibawanya terserlah. Muridnya banyak dan terus bertambah. Dalam kesibukan mengajar dan usianya yang juga semakin meningkat, keinginan untuk terus menuntut ilmu tidak pernah pudar.Beliau mendalami ilmu Usul daripada Sheikh Zaydan al-Syanqiti al-Maliki. Habib Zain terus menyibukkan diri menuntut dengan Al-Allamah Ahmaddu bin Muhammad Hamid al-Hasani al-Syanqiti dalam ilmu bahasa dan Usuluddin.

Habib Zain seorang yang tinggi kurus. Lidahnya basah, tidak henti berzikrullah. Beliau sentiasa menghidupkan malamnya. Di waktu pagi Habib Zain keluar bersolat Subuh di Masjid Nabawi. Beliau beriktikaf di Masjid Nabawi sehingga matahari terbit, setelah itu beliau menuju ke Rubath untuk mengajar. Majlis Rauhah setelah asar sehingga maghrib

kerana sebutir tamar..astaghfirullah


Sebuah kisah hikmah buat kita untuk selalu berhati-hati dengan segala sesuatu dalam kehidupan kita..
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.
Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,” kata malaikat yang satu. “Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram,” jawab malaikat yang satu lagi. Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

Astaghfirullahal adzhim” Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda.

“4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang?” tanya Ibrahim.

“Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma” jawab anak muda itu.

“Innalillahi wa innailaihi roji’un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?”. Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat. “Nah, begitulah” kata ibrahim setelah bercerita, “Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?”.

“Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatasnamakan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.”

Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu.”

Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim. 4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.
“Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain.”

“O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas.”

Sunday, 5 June 2011

untuk bakal isteri yang solehah...





Assalamualaikum wrt. wbt. Untukmu, Bakal isteriku.. Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku ya...ng hilang. Bukanlah niat ini diser...tai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.” Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu. Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini. Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.” Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.” Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri. Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi. “Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku. Dariku, Bakal suamimu.

MUSLIMAT & PERJUANGAN

berderai air mata ini..membaca buku yang menceritakan kehebatan pejuang2 muslimat untuk mnegakkan kalimah
لا اله الا الله محمد رسولالله di tanah air mereka. berkata penulis buku di bab yang ke lapan..

saya yakin para pejuang islam mengalami berbagai macam kesusahan,namun demekian semua ini hendaklah kita jadikan sebagai satu latihan bagi membiasakan diri dalam menempuh kesusahan di dlm perjuangan islam. muslimat2 di luar negra menempuh pelbagai ujian bukan shaja gasakan emosi tetapi diseksa didlm penjara..ASTAGFIRULLAH

mari kita lihat sahabt2 muslimat yg mempertahankan islam di bumi mesir..seorang pemimpin muslimat mesir..zainab Al-ghazali namanya,pernah diseksa di dlm penjara sehingga wajahnya dilihat seperti seorang tua yg berusia 90 tahun namun hakikatnya dia baru berusia 40 an..MARI KITA LIHAT PENYEKSAAN YANG BERLAKU KEPADA MUJAHIDAH INI!!

1) DISEKSA DI DLM BILIK KURUNGAN YG DIPANASKAN UDARANYA
2)KETIKA MUSIM SEJUK SEWAKTU TGH MLM DIPASANG PENGHAWA DINGIN DAN DILETAKKAN DI ATAS AIS
3) DILEPASKAN ANJING GANAS YANG KELAPARAN BERSAMA ZAINAB

NAMUN APA YG DIKATAKAN ZAINAB KETIKA ITU.."SAYA TIDAK MELETAKKAN HARAPAN KEPADA SESIAPA MELAINKAN ALLAH,HATI SAYA BULAT KEPADA ALLAH `AZZA WA JALLA"..

anjiing yg kelaparan itu menerkam Zainab dengan ganas.zainab menutup wajahnya..anjing itu seolah mengerti mangsanya itu bukan sebarangan org..dia adalah muslimah yang sifat KESABARAN n KETAATAN YANG TINGGI PADA ALLAH..hebatnya zainab bajunya yg putih tidak koyak sedikt pun n tidak ada segaris pun luka di badannya..anjing itu hanya menjilat badan zainab tanpa menyakitinya..hebatnya pertolongan dari ALLAH..
 TIDAKBERHENTI DI SITU..ZAINAB BERJYA MENGISLAMKAN SEORANG LELAKI DI DALAM PENJARA YG BERTUGAS SEBAGAI PENYEKSA PEJUANG2 ISLAM..kata lelaki itu '' WAHAI IBUKU,SELAMA INI AKU X PERNAH SUJUD KEPADA ALLAH,TETAPI SELAMA ENGKAU BERADA DLM TAHANAN INI ,AKU DITUGASKAN MENYEKSA ENGKAU SEPANJANG YANG AKU PERHATIKAN..TERDAPAT BANYAK PERKARA YG LUAR BIASA YANG TIDAK PERNAH AKU LIHAT..OLEH ITU AJRKANLAH AKU MENGENALI ALLAH DAN MENDIRIKAN SOLAT SERTA TUNDUK PADA ALLAH'..

BAGAIMANA PENYEKSAAN YANG DIALAMI OLEH 2 ADIK PERMPUAN SAYYID QUTB..(HAMIDAH QUTB & AMINAH QUTB), mereka ditahan bersama-sama di dlm penjara tenterA seperti Zainab juga, sebelum SAYYID QUTB SEBELUMDIGANTUNG MATI SYAHID SEMPAT MENULIS SURAT UNTUK ADIK PEREMPUANNYA..

'WAHAI ADIKKU BARANGAKALI SEKARANG INI KAU SEDANG MELIHAT DGN GERUN TALI GANTUNG YANG AKAN MENJERUT LEHERKU,KITA AKAN MERASAI PERJUANGAN KITA INI SEMPIT APABILA KITA MEMIKIRKAN BAHAWA KITA YG MEMULAKAN PERJUANGAN  DAN MENGAKHIRKANNYA TETAPI JIKA KITA MEMIKIRKAN PERJUANGAN INI BUKAN KITA YANG MEMULAKAN DAN BUKAN KITA MENAMATKANNYA,MAKA BEGITU KITA AKAN MERASAKAN PERJUANGAN INI LUAS,BAGAIMANA LUASNYA KELUARGA KITA KERANA KELUARGA KITA BUKAN KELUARGA YG DIIKAT OLEH KETURUNAN DARAH TETAPI KETURUNAN KITA DIIKAT OELH KESATUAN AQIDAH لا اله الا الله محمد رسول الله

INGATLAH SAHABAT2 WALAUPUN KITA HANYA GOLONGAN YANG SEKELOPMPOK MEMBAWA PERJUANGAN ISLAM TETAPI HAKIKATNYA KITALAH KELOMPOK BESAR YANG DIHANTAR OLEH ALLAH KE DUNIA'..TIADA SATU PERKARA PUN MAMPU DIHALANG OLEH MANUSIA MELAINKAN DENGAN KEHENDAK ALLAH..MEREKA MERANCANG MENJATUHKAN ISLAM..ALLAH JUGA MERANCANG..SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ITU YG TERBAIK..ISLAM PASTI GEMILANG LAGI!!

Tatkala taubat merisik

salam dari hati yg penuh dosa..
terdengar puisi ketika cinta bertasbih lantas laju jari ini menaip meluahkan rasa hati yang resah..
" mbak husna-cinta ialah kekuatan yg mampu mengubah duri jdi mawar,mengubah cuka jadi anggur,ubah sepi jadi riang,ubah amarah jadi ramah,mengubah musibah jdi muhibbah'
'mbak nisa'=sekalipun  cinta telah ku uraikan ku jelaskan panjang lebar nmun jika cinta ku datangi ku jadi malu pada keterangan ku sendiri..meskipun lidahku mempu menguraikan,,namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang..sementara pena tergesa-gesa menuliskan,,kata2 pecah berkeping-keping,begitu sampai kpda cinta,dlm menguraikan cinta akal terbaring xberdaya umpama keldai terjatuh di dlm lumpur..cinta sendirilah yg menguraikan cinta..<3

hati yg penuh kegelisahan ini sgt mengharapkan cinta yg Esa memenuhi segenap hati tatkala banyak hati yg tergesa-gesaa menvari cinta manusia..tiap kali kulangkahkan kaki ke taman2 syurga yakni majlis ilmu..ku makin rasai aku ini terlalu hina..seolah tidak bisa lagi melangkah kerna malu pada pencipta..hanya air mata terus mengalir..terus menatap wajah2 para habaib yg datang dengan penuh ketenangan menghembuskan mutiara2 dari lidahnya yg mengajar untuk kembali ke jalan yg benar dan membina jambatan kecintaan kepada Rasulullah saw.mampu manusia menghukum aku ini baik n solehah tapi hakikatnya jahatnya aku,jahilnya aku,..hanya ALLAH yg mengetahui..terasaberat sekali meluahkan rasa ini tetapi mendengar penjelasan dari ustaz yg mengajar mengenai dalil2 dari al-quran aku bangkit dlm keresahan...ampuni aku ALLAH..ayat2nya ialah

1)surah al-maidah ayat 39..yg bermaksud..' tetapi brg siapa stelah melakukan kejahatan itu n memperbaiki diri,maka sesungguhnya Allah maha menerima taubat,sunnguh..ALLAH MAHA PENGAMPUN N MAHA PENYAYANG..
2) surah at tahrim ayt 8..'wahai org yg beriman bertaubatlh kpda Allah dgn taubt yg semurni-murninya,mudah2mudahan tuhan kmu akn mghpuskn kslhan2 kmu n memassukkn kmu ke dlm syurga2 yg mengalir di bwhnya sungai2......''
3)al baqarah ayat 222..''...sungguh Allah myukai org yg bertaubat n menyucikan diri'
4)an nur ayat 31..''...n bertaubatlah kamu org2 yg beriman agar kamu beruntung'
5) surah asy syura ayt 25..mksudnya' dan dialah yg menerima taubat dri hamba-hambanya n memaafkan kesalahan2 n mengetahui apa yg kamu kerjakan..

sahabat2 pintu taubat terbuka slagi mana belum smpai nyawa di halkumn kuarnya mtahri dri ufuk barat..maka kita carilah peluang kembali ke sisinya..betapa diriku ini menginagtkan diri sedalamnya dalam hal ini agar aku memutuskan kelazatan dunia dgn ingat paa mati,,kedalamkan cinta pada sang nabi agar akhlak ku ini sejajar dengan kecintaan pada qudwah terbaikitu meski aku ini penuh kehinaan..aku terus mennagis tatkala membaca hadis menceritakan kisah nabi solat sehingga bengkak kainya..apabila ditanya oleh Aisyah mengapa sebegitu kau lakukan ya rasulullah sdgkan dirimu suci dri dosa..lantas rasulullah berkata slhkah aku menjadi hamba yg bersyukur..hebatnya nabi..meski cinta ini cuba ku uraikan aku jadi malu pada keteranganku yg hanya pandai berkata sedangkan perbuatan belum jelas menyatakan cinta yg sebenar pada Allah n kekasihnya...moga ALLAH ampunkan dosa ku n semua shbt2 seislamku..moga dapt bermain syurga susu bersama mereka...TERINGAT PADA PUISI INI AKU SI RANTING KERING DI MUSIM SALJI,ENGKAU SI BUNGA KEMBANG MEWANGI..AKU MENGHARAPKAN AKU KEMBALI SEGAR KEMBANG DISISIMU ILLAHI...=)